Monday, December 12, 2011

FORLIN MALANG - PENAN NURSING STUDENT 2011






Hi....apa khabar? i'm Forlin Malang..and this is my report all about my experiences, difficulty in nursing and how is my general life.
Firstly, adalah tentang pertama kali saya datang kuching. pertama kali datang kuching, saya berasa gembira dan ada sikit keraguan kerana saya tidak ada keluarga disini. setelah sampai di airport kuching, salah seorang staff dari college kami (Irene) datang jemput kami dan terus bawa kami pergi hostel kami. pada hri Isnin, kami pergi college dan mendaftar diri di Segi College. pertama kali masuk kelas, saya berasa tidak selesa dengan situasi baru di dalam kelas. pada mulanya saya tidak ada ramai kawan. Tapi hari demi hari, saya sudah ada ramai kawan dari pelbagai bangsa. Saya juga mula membiasakan diri dengan kawan2 saya dalam kelas. Kali pertama lecturer kami beri assignment, saya betul2 tidak pandai macam mana buat assignment. Tapi akhirnya saya paksakan diri untuk menyiapkan assignment saya walaupun saya tidak tahu macam mana mahu buat assignment dengan baik. Saya kena siapkan assignment saya kerana ia merupakan 20% dari 100% markah final exam kami. Assignment juga membantu untuk lulus dalam final exam.
Apabila result keluar, saya lulus. saya berasa bangga dengan apa yang saya dapat. Semester yang seterusnya, saya sudah dapat belajar dari kesilapan saya dari semester yang sebelum ni. saya juga mula faham macam mana mahu buat assignment dan dapat buat yang lebih bagus dari yang sebelum ni. Setakat ini, saya pernah resit 1 subject masa semester 2. tapi selepas mengambil resit tersebut, saya dapat lulus dan sampai semester ke-6 ini, saya tidak ada resit lagi. Saya sudah menghabiskan semester ke-7 saya dan saya akan mengambil final exam untuk semester ke-7 saya pada february thun depan. Sementara ni saya sambung practical saya untuk CP 5.
        10/07/2011..saya pindah ke BAU kerana first practical saya untuk CP1 ialah di Hospital Bau. Pada mulanya saya tidak mahu pindah kerana tidak mahu berpisah dengan kawan2 lain. Tapi akhirnya saya pergi juga. Pertama kali pergi BAU saya berdepan dengan suasana baru lagi. macam biasa, pada mulanya saya tidak selesa tapi akhirnya saya dapat menyesuaikan diri saya dan dapat kawan baru disana. Hari pertama saya turun hospital BAU ialah 12/07/2010. Hari ini kami di bawa orientasi dan di bawa perkenal kan diri dengan Sister dan Matron di Hospital BAU.13/07/2010, kami sudah start kerja as a student nurse. Hari ini saya sangat takut kerana hari ini saya betul2 berdepan dengan real patient sebab sebelum ni kami hanya belajar theory sahaja. Hari ini CI kami menyuruh kami ambil  vital signs patient, seperti bacaan suhu badan, tekanan darah, respiration, pulse patient. Hari ni juga saya kena marah oleh CI kami sebab saya tidak pandai ambil vital signs patient dengan baik. saya juga sangat sedih sebab hari ini merupakan birthday saya dan hari ini juga saya di marah oleh CI kami. Hari ini juga saya mahu pengsan tengok jarum masa tengok staff nurse cucuk jarum kat patient untuk set IV line. Start dari sana, saya mulai putus asa dan plan untuk quit. Tapi akhirnya saya berusaha untuk yakinkan diri saya dan kuatkan semangat untuk diri sendiri. Keesokkan harinya, saya assist my CI set IV line to patient.saya gembira hari ini sebab saya sudah dapat tahan diri saya dari mau pengsan. Dan hari demi hari, saya sudah mulai membiasakan diri untuk berdepan dengan pelbagai cabaran dan karenah patient dalam ward. Hari demi hari juga saya juga sudah pandai ambil vital signs patient dengan bagus. saya juga sudah pandai buat wound dressing, remove suture and clips, ECG, dan banyak juga yang saya pelajari sepanjang practical di Hospital BAU. Sepanjang Practical di Hospital BAU juga, saya pernah menangis kerana di marah oleh Ci kami kerana membuang glove di dalam tong sampah hijau di mana ia sepatutnya di buang di dalam tong sampah kuning. Saya menangis kerana saya di marah di depan sister and depan kawan2 saya. Tapi ia satu pengalaman yang sangat berharga bagi saya kerana dari sana saya dapat belajar dari semua kesilapan yang saya buat.Mulai dari sana, saya kuatkan semangat saya untuk sentiasa berfikiran positif dan berusaha belajar dari kesilapan yang telah saya buat sebelum ni.Akhirnya hari2 yang saya lalui disana menjadi sesuatu yang menarik kerana makin hari makin banyak yang saya pelajari. 04/08/2010, adalah hari terakhir saya di Hospital BAU setelah slama 2 bulan practical di Hospital BAU. Kemudian saya balik semula ke college untuk OSCE. 06/08/2011 adalah first OSCE saya. pada hari ini saya sangat takut kerana kami ada 5 section dan setiap section kami hanya ada 5 minit untuk bercakap dan membuat procedure yang diberikan pada kami. saya sangat takut. Tapi bila result dah keluar, saya rasa gembira kerana saya lulus.Seterusnya saya menyambung semester saya dan sambung the next practical saya di General Hospital Kuching. Dan sekarang saya tengah meneruskan Clinical practice saya yang ke-5. Sepanjang saya practical di General Hospital Kuching, pengalaman yang paling menakutkan saya ialah di mana saya pernah mandikan mayat.Pada mulanya saya nak mengelakkan diri, tapi saya kuatkan diri untuk memberanikan diri saya. Sekarang saya sudah sedar bahawa tanggungjawab sebagai seorang jururawat merupakan tanggungjawab yang sangat berat dan dan banyak cabaran. Tapi disebalik itu juga, sebagai seorang jururawat juga merupakan satu tanggungjawab yang sangat berharga kerana kita dapat membantu orang yang sakit dan kadang2 menyelamatkan nyawa pesakit.
         Tentang general life saya pula, PTPTN saya sedikit membantu saya. About my financial, it is not enough.Sebab hidup sebagai seorang pelajar adalah sangat susah kerana banyak barang yang di perlukan dan semuanya memerlukan duit untuk membeli nota, print assignment, membeli keperluan dapur dan makanan dan banyak lagi.PTPTN loan is twice a year. Balance is depend on our study. Kalau ada repeat, terpaksa bayar rm500 untuk satu subjek dan resit ialah rm 100. Satu semester is rm5000 and hostel fee is rm180/month. My general life is not easy. Must save budget. Beli barang yang penting sahaja.
           That's all can i tell in my report.Dan saya nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang pernah membantu saya selama ini. May GOD BLESS U ALL. AND MERRY CHRISTMAS N HAPPY NEW YEARS(2012). Thank you.

No comments:

Followers

penantongtana