Wednesday, December 14, 2011

Beatcsy - Penan Nursing student, Segi Kuching 2011



Hai,saya  ialah Beatcsy, ini Adalah report tentang  aktiviti yang saya  lakukan di Kuching.  Saya minta maaf kerana terlambat menghantar report ini,harap mra atau  mrs boleh mempertimbangkan. Di sini banyak pengalaman baru yang saya perolehi.setelah hampir 3 tahun  . Belajar di segi  kolej,sarawk.terutamanya, apabila kami pergi praktikal di hospital umum sarawak,itu Adalah  cabaran bagi saya. Kerana berjumpa dengan pesakit yang sebenarnya, selama sebelum praktikal kami hanya belajar mengunakan kan  Manusia  boneka untuk belajar. Oleh itu, perpeluang untuk pergi belajar di hospital sungguh mengembirakan saya.untuk lebih memahami  apa yang saya pelajari selama ini.                                                                                                             Selain itu, bahagian teori pula,saya mempunyai 2 matapelajaran yang gagal. Iaitu health science 2 dan nursing 3. Kedua- dua matapelajaran ini sudah saya ulang semula dengan rm500 untuk satu matapelajaran bayarannya melalui ptptn saya.namun selepas itu, saya lulus dengan keputusan b dan c.

Di sini, kami memasak sendiri. Dan oleh itu, kamu perlu  membeli beras dan sayur-sayur.tetapi, kekadang kami tidak cukup duit untuk membeli barang makan.
Selain itu, saya dan kawan-kawan berjalan kaki setiap hari apabila Ada kelas.ia mengambil masa selama 15 hingga 20 Minit apabila berjalan kaki ke kolej.
Kami juga membeli nota sendiri setiap semester.

Selama di sini belajar, saya mendapat banyak kawan baru. Banyak juga, kawan-kawan yang terkejut kerana saya bagitau mereka saya orang penan. Saya  sangat,gembira  mendapat kawan yang baik.
Melalui kawan juga, saya dapat pergi gereja untuk Persatuan pemuda dan pemudi. Setiap malam selasa di gereja sib Kuching. Saya juga Bersyukur kerana dapat  pergi gereja.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala pertolongan yang dihulurkan selama ini. Saya harap mr.atau mrs terus diberkati oleh tuhan.

Selamat hari Xmas dan tahun baru. Tuhan memberkati............

No comments:

Followers

penantongtana